REMAJA DAN CABARAN
APA ITU REMAJA ?
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". Terdapat beberapa ciri apabila seseorang itu telah mencapai tahap remaja , antaranya ialah suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa. Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial. Selain itu, Suka berangan-angan. Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. Akhir sekali, bagi pandangan saya seseorang yang telah mencapai tahap remaja, Senang Terpengaruh oleh Emosi.Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap. Remaja selalunya senang untuk terpengaruh dengan keadaan sekeliling . Sifat ingin tahu mereka juga membuatkan mereka melakukan sesuatu diluar jangkaan . Remaja selalunya berumur 13-18 dan 19 keatas di panggil sebagai dewasa .
REMAJA DI JEPUN
Gambar diatas menunjukkan sebahagian daripada remaja dalam kalangan perempuan di jepun. Walaupun terdapat persamaan antara gadis sekolah menengah Amerika dan Jepun, terdapat banyak perbezaan. Sekolah menengah, penting untuk kedua-duanya, mempunyai pengaruh yang lebih mendalam terhadap gadis Jepun dalam menentukan masa depan jangka panjang mereka. Di samping itu, walaupun setiap sekolah tinggi budaya mempunyai peraturan dan adat istiadatnya, sekolah menengah Jepun lebih tegar dan terkawal dalam kehidupan pelajar Jepun.
Cabaran yang akan dihadapi oleh remaja di jepun ialah cabran dalam bersosial. Melalui beberapa sumber, remaja lelaki dan perempuan akan berasingan semasa waktu persekolahan. Hal ini akan mengurangkan kes jenayah dala kalangan remaja. Tetapi hanya waktu persekolahan sahaja mereka berbual secara berasingan manakala apabila telah habis waktu persekolahan, mereka akan tetap bersosial seperti di negara-negara lain contohnya amerika. Perbezaan antara Australia dengan Jepun amat ketara dengan masalah sosial. Cabaran bagi remaja di Jepun antaranya ialah buli dan penglibatan dalam pengambilan dadah. Keganasan dan penggunaan dadah semakin meningkat di seluruh sistem sekolah di Jepun. Kesesuaian yang lebih ketat biasanya bermaksud kumpulan sekolah yang lebih ketat dan kurang toleransi terhadap sesuatu yang luar biasa. Ini amat sukar untuk remaja Jepun yang telah kembali dari masa tinggal di Amerika Syarikat kerana pekerjaan ibu bapa.
Gadis-gadis Jepun mempunyai banyak tekanan kepada mereka untuk berjaya sebagai anak lelaki. Sehinggakan ada daripada kalangan remaja tersebut sanggup mengambil langkah yang kurang rasional iaitu dengan membunuh diri kerana mereka terlalu tertekan juga dengan sistem pembelajaran di Jepun dan tidak mendapatkan markah target yang diinginkan. Ibu bapa di sana amat tegas dalam pembelajaran anak-anak. Sesetengah remaja apabila terlalu berputus asa untuk meneruskan pelajaran, mereka akan melakukan perkara seperti minum arak. Hal demikian, kerana cara tersebut dapat melupakan perkara-perkara yang dapat meberikan tekanan kepada mereka walhal mereka tidak sedar bahawa pembelajaran adalah penting.
REMAJA DI AUSTRALIA
Pertama sekali , remaja di australia ini mencapai tahap kematangan yang awal iaitu pada umur dua belas sehingga tujuh belas tahun sudah dianngap remaja manakala apabila mereka mencpai umur lapan belas tahun , mereka telah mencapai taha dewasa dan dibenarkan secara sah untuk membeli alkohol dan rokok serta menjudi, kehidupan mereka di sana amat bebas berbanding di Malaysia. Remaja di australia atau di negara Eropah lain terdapat banyak cabaran dan dijangka tertinggi jika dibandingkan dengan negara Barat dan lain lain. Di sana terdapat pusat pemulihan Kristian dan ianya telah menawarkan pelbagai program yang termasuk bantuan ketagihan dadah dan lain-lain. Jika beberapa remaja tiada pilihan lain untuk belajar mengikut khusus yang diambil oleh mereka , mereka terpaksa memilih khusus tersebut. Tambahan di sana mereka beranggapan bahawa dadah itu adalah sejenis benda biasa. Seterusnya , remaja akan lebih meluangkan masa bersama kawan berbanding dengan keluarga. Jadi mereka akan lebih berseronok tanpa memikiran batasan sesama sendiri. Sesetengah remaja juga ada mempunyai sikap pemberontak. Mereka akan memprotes sesuatu perkara yang mereka benar-benar inginkan. Tetapi sikap anak-anak seperti berikut tidak boleh menudung jari atau menyalahkan seratus peratus kepada anak anak. Masalah mengendalikan kehidupan remaja tidak terhad kepada dadah atau alkohol. Kebanyakan mereka berjuang dengan serpihan perceraian, mengalami trauma seperti serangan seksual atau kekerasan, buli, tekanan rakan sebaya, dan kegagahan yang mengiringi cabaran-cabaran yang membesar. Mereka mungkin berasa tertekan dengan kehidupan seharian di rumah atau masalah sekeliling mereka.
Pelajar sukan di Australia meningkat saban tahun. Tetapi mereka mempunyai cabaran iaitu , perlawanan yang disertai oleh mereka amat kerap bagi setiap individu jadi mereka terapaksa mengambil dadah untuk mengekalkan tenaga atau menambahkan tenaga. Seterusnya , dengan dadh yang diambil juga mereka akan melupakan tentang masalah yang dihadapi sewaktu bersukan dan mereka juga merasakan dengan mengambi dadah akan mengurangkan tekanan sewaktu bersukan. Keluarga mereka kurang mengambil perhatian tentang anak-anak mereka jadi remaja-remaja boleh sesuka hati membuat keputusan sendiri. Mereka jarang melakukan melakukan aktiviti bersama keluarga sendiri sebaliknya meluangkan masa dengan rakan-rakan melakukan perkara yang menyernokkan dan memuaskan hati seperti seks bebas , alkohol dan berjudi.
REMAJA DI MALAYSIA
Remaja di Malaysia mempunyai masalah sosial yang boleh dikawal kerana mereka tidak terlalu teruk sesetengahnya, Sesetengah yang lain sudah melampaui batas yakni mereka sesuka hati menyentuh antara yang bukan muhrim dan tidak langsung menjaga hukum dan peradaban dalam islam. Remaja islam juga kadang kala terpengaruh dengan yang bukan islam iaitu ada yang mengambil miuman alkohol dan lain-lain. Sebenarnya jika mengikut pandangan saya remaja islam semakin mundur kerana mereka mempunyai pengaruh yang tinggi dengan rakan-rakan. Kata-kata ibu bapa mereka bukan lagi mahu dipatuhi malahan mereka suka melawan kata-kata ibu bapa mereka demi kawan. Ibu bapa juga sebenarnya salah dalam hal ini kerana terlalu memanjakan anak-anak dan tidak langsung mengambil berat dengan siapa kawan kepada mereka. Remaja yang bersikap seperti kurang ajar juga adalah kerana ibu bapa tidak mengendahkan anak-anak kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. Pada tahap remaja , seharusnya ibu bapa lebih berperanan mengetahui hal anak-anak dan memberikan kasih sayang yang lebih banyak kerana pada tahap itu lah , ibu bapa boleh membentuk anak-anak sama ada untuk menjadi yang lebih baik atau sebaliknya. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tidak boleh dinafikan dalam kalangan remaja tambahan pula remaja yang ber"couple". Banyak kes pembuangan anak pada masa ini. Hal ini kerana remaja yang terlalu bergaul sangat rapat sehingga terlanjur dan bayi yang dilahirkankan tidak mahu dipertanggungjawabkan oleh kedua-dua pihak.
Remaja di sekolah pula akan terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik dan melakukan aktiviti seperti merokok, ponteng sekolah dan lain-lain. Ada juga dikalangan remaja mempunyai cabaran dalam pembelajaran contonhnya kos pembelajaran yang dia gemari tiada di sekolah yang diduduki. Maka dia terpaksa belajar mengikut aliran yang kurang digemari.
Setiap remaja ingin mempunyai kehidupan yang aman di mana tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang dan hanya belajar untuk mencari pengetahuan baru. Tetapi hari ini, walaupun tinggal di Malaysia kaleidoskopik, remaja masih menghadapi masalah. Remaja adalah remaja. Mereka tidak dapat menangani masalah mereka sendiri. Mereka tidak mempunyai tulang belakang untuk menghadapi masalah dalam kehidupan mereka. Jadi, apakah masalah yang membebankan remaja? Masalah utama yang dihadapi oleh remaja hari ini adalah datang dari rumah mereka. Walaupun hanya remaja yang mengalami masalah ini, ia perlu digagalkan. Rumah mereka penuh dengan tekanan. Ibu bapa selalu bersengketa tentang sesuatu. Saudara-saudara mereka juga membuat pertandingan. Ini boleh membuatkan remaja berasa begitu tidak selesa. Kadang-kadang, mereka harus menghadapi muzik dari tindakan ibu bapa mereka. Rasa tidak selesa menjadikan remaja tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Hasilnya turun dengan teruk dan mereka berasa murung setiap hari. Oleh itu, ibu bapa dan adik-beradik di rumah mesti mengambil tindakan dengan cepat supaya masalah ini dapat diselesaikan. Kemudian, remaja akan mendapat semangat mereka untuk menjadi juara dalam pelajaran mereka. Selain itu, remaja mempunyai sikap buruk yang mudah mendapat pengaruh negatif daripada rakan-rakan mereka. Apabila mereka mempunyai kawan, mereka mungkin mengikuti sikap rakan mereka. Jika mereka mempunyai kawan yang baik, ia akan menjadi baik tetapi jika mereka mempunyai teman yang buruk, ia akan mengubah sikap mereka untuk menjadi remaja nakal.

sesapaa comment la kat sayeeeee
ReplyDeletesaye pishangg
ReplyDeletewow
ReplyDeletekenape awak ni paksa saya comment kt awk
ReplyDeleteok lahawk paksa saya ikhlas,,jap saya ikhlaskannn
ReplyDeleteblog awak simple sgt lah
ReplyDeletetapiikann menarik
ReplyDelete